Bukan untuk membawa diri tetapi mencari sedikit ketenangan.
Ketenangan dari segalanya.
Cuba menerima fitrah kehidupan yang memang begini.
Cuba mencari kekuatan.
Bakal imamku.
Sesungguhnya ku tidak mengetahui siapa kamu.
Bagaimana rupa dan keadaan kamu.
Walaupun diri ni tidak mengetahui dan mengenali kamu, tidak pernah sekali lupa untuk mendoakan kamu.
Cukup lah sekadar begini.
Ku sudah serik untuk bercinta, bercinta sekadar separuh jalan.
Ku tidak mahu kan sebegitu, biarlah cinta itu kekal dan halal di jalanNya.
Biarlah ku begini, lebih bahagia jika begini.
Ku tidak bersendirian, ku adaNya, ibu ayah, dan kekawan yang selalu bagi sokongan.
Itu untuk bakal imam ku.
Lagi pon diri ni masih muda baru 20 tahun.
Banyak lagi yang perlu dipelajari dan harus ditempuh.
Diri ini tidak sempurna, banyak yang perlu diperbaiki.
InsyaAllah perlahan lahan boleh, doakan diri ni akan terus istiqamah.
Pengajian diploma ada lagi 2sem, pertengahan tahun depan habis.
Doakan supaya semuanya berjalan lancar.
Bakal imamku, harap sabar menanti diri ini.
Ku ingin berubah, berubah secara perlahan lahan.
Jika sudah tiba masanya, adalah kita.
Walaupun kita tak berhubung dan tak berjumpa,
kalau dah ditetapkan kita ada, adalah kita nanti.
"I hope one day, I will meet you." InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment