Monday, March 17, 2014

Pilihan

Benda dalam hidup paling sukar kena buat pilihan.
Pilihan antara dua. Kena pilih salah satu.
Jika pilih satu, lagi satu nanti macam mana.
Risau jika pilihan tak kena.
Takut untuk membuat pilihan, takut memberikan keputusan.



Wednesday, October 16, 2013

khayalan sendiri.

Perasaan sangat sukar untuk dijangka.
Perasaan selalu ada,takkan lari kemana mana.
Tak boleh nak elak bila ia tiba.
Perasaan boleh menipu kat orang lain,
tak mungkin sanggup menipu diri sendiri.

Cuba berkenalan dengan diri sendiri.
Mengenal pasti apa yang nak,apa yang betul perlu.
Cuba untuk menyelami perasaan sendiri.

Bukan tak mahu mencari pengganti.
Diri ini masih belum bersedia untuk ada teman yang istimewa.
Cukup sekadar berkawan biasa sahaja.
Banyak lagi diri ini perlu dipelajari dan diperbaiki.
Ku mahu mencari keredhaanNya.
Memperbetulkan diri ni semula.
Banyak yang sudah terpesong, diri ini sudah lalai di dalam dunia sendiri.


Thursday, August 15, 2013

Bukan tak sudi.

Maaf dah lama tak update blog.
Bukan untuk membawa diri tetapi mencari sedikit ketenangan.
Ketenangan dari segalanya.
Cuba menerima fitrah kehidupan yang memang begini.
Cuba mencari kekuatan.

Bakal imamku.
Sesungguhnya ku tidak mengetahui siapa kamu.
Bagaimana rupa dan keadaan kamu.
Walaupun diri ni tidak mengetahui dan mengenali kamu, tidak pernah sekali lupa untuk mendoakan kamu.
Cukup lah sekadar begini.


Ku sudah serik untuk bercinta, bercinta sekadar separuh jalan.
Ku tidak mahu kan sebegitu, biarlah cinta itu kekal dan halal di jalanNya.
Biarlah ku begini, lebih bahagia jika begini.
Ku tidak bersendirian, ku adaNya, ibu ayah, dan kekawan yang selalu bagi sokongan.

 

Itu untuk bakal imam ku.
Lagi pon diri ni masih muda baru 20 tahun.
Banyak lagi yang perlu dipelajari dan harus ditempuh.


Diri ini tidak sempurna, banyak yang perlu diperbaiki.
InsyaAllah perlahan lahan boleh, doakan diri ni akan terus istiqamah.
Pengajian diploma ada lagi 2sem, pertengahan tahun depan habis.
Doakan supaya semuanya berjalan lancar.
Bakal imamku, harap sabar menanti diri ini.
Ku ingin berubah, berubah secara perlahan lahan.
Jika sudah tiba masanya, adalah kita.
Walaupun kita tak berhubung dan tak berjumpa,
kalau dah ditetapkan kita ada, adalah kita nanti.
"I hope one day, I will meet you." InsyaAllah.



Friday, December 14, 2012

09/12/12

salam.
sebenarnya nak post pasal ni lama dah cuma takde mood untuk menaip.
sekarang mood dah sampai, ika mau cerita apa yang terjadi masa tarikh ni.
tarikh ni tarikh kak bali kahwin atau nama sebenarnya hazlina.
kak bali merupakan housemate ika dari sem lepas lagi,sem 4.
kakak bali ni best!Dia sangat awesome dan cool!
kak bali sangat comel, tak percaya tengok gambar.
malas nak cerita banyak, biar gambar menceritakan semuanya.













 

                        

kak bali,
kami budak rumah mendoakan akak bahagia dunia dan akhirat.
Selamat Pengantin Baru!




Sunday, September 9, 2012

BUBU ANN

haii!assalamualaikum.!!
excited pulak aku hari ni..

ni mau cerita tentang BUBU ANN..
tu memang nama dia rasanya..
eh,bukan bukan.
habis kena mara dengan dia kejap lagi ni,hehe.
nama sebenar dia Nur Shazzwani binti Sukri.
yang tadi tu cuma panggilan orang kat dia..
dia berasal dari Taiping,jauh kan?hmm.
saya sentiasa ada buat awak.. :D
ehh,tu ayat ikhlas tahu.
dia empunya Dani,housemate sepet saya.
dia ni juga merupakan junior satu sem saya..heheh.
dia ambil course diploma TESL..


ini lah orangnya!!
dapat juga ambil gambar dia senyap senyap..
semalam ajak dia jejalan ala ala jogging..
tapi hasrat tu tak menjadi apabila perutku laparr.
best tak keluar dengan ika semalam?
ika harap best lah tau Bubu..



ika memang suka bergurau,awak takmau ambil hati yee?
tu untuk merapatkan silaturrahim orang tua tua cakap,hihi.
lagi pun ni pertama kali kita keluar sesama kan..
nanti ada masa,kita keluar sama sama lagi okay?
kita makan aiskrim +  burger..
awak jaga diri tau!!
saya zulaika zulkifli mendoakan awak sehat dan bertambah sehat..
semoga berbahagia dengan Mr Dani Lion awak,hahaa.Good luck Bubu!
kuatkan semangat dan tabah melalui setiap dugaan dan cabaran yang diberi.



Sunday, August 19, 2012

hari raya aidilfitri 2012

assalamualaikum.
Selamat Hari Raya!Selamat Hari Raya!
macam mana hari raya pertama?mesti meriah kan?
hari raya pertama,ika beraya kat sini Sungai Buloh.
esok baru bergerak balik ke Jitra,Kedah balik kampung.
raya pertama ika macam biasa,layan tetamu yang datang rumah.
petang dalam pukul 3 macam tu,baru pergi beraya rumah sedara yang terdekat.
beraya rumah sedara sebelah rumah,kalau sebelah ibu ika rumah sedara memang dekat.


ni adik adik sedara yang turut ikut beraya.


bersama acik.


dia adik sedara,tingkatan lima tahun ni.

mereka semua adik sedara ika,kecik jee ika kan?huhu.

ibu dengan makcik sedara.
Haii!!!!
nama diberi Nur Zulaika Zulkifli,
saya disini mahu mohon maaf pada kalian,
berharap segala kesalahan dimaafi,
semoga berjumpa pada tahun hadapan.  ;)






Monday, June 25, 2012

sweet sweet ganas main 'poke poke'

assalamualaikum..

kita ada kawan baru,dia orang pahang.
dia ambil course diploma library science..
tapi dia junior kita,hahaa..takpayah nak junior sangat lah ika oii..
setakat beza satu sem jee pon..
mula mula dia hanya 'poke poke' di facebook.
tarikh awal dia 'poke' (21/06/2012),boleh dikatakan barulah juga.
mula mula,eishh budak ni main main pula dia tapi ika poke lah dia balik..
bermula lah al kisah 'poke poke' tu kepada IM FB dan sms di fon..
ececeh,mula mula dia segan tau..



macam tulah segan dia,bukan main segan konon pada mulanya..
tapi hari seterusnya ika saje ajak dia keluar makan,
dia pon nak pula..mungkin dia nak tengok zulaika zulkifli ni orang nya macam mana kod..
ika tak expact langsung dia lagi tinggi daripada ika,tak aci lah awok tu lagi tinggi..
rasa macam adik dia jee masa jalan sama sama,adeh.
takpe lah,terperasan sendiri diri ini begitu muda..hehe.
seterusnya dia tidur kat bilik pulaa,sebab roommate ika pergi jalan jalan dengan kawan dia..
sanggup dia teman ika!dia teman ika buat revision sampai pukul 4 pagi pula tu.
terima kasih awak!saya hargainya..
tadi sebelum balik rumah pon,
dia yang tolong punggahkan barang dari tingkat 3 sampai lah masuk dalam bonet kereta dalam keadaan yang selamat dan barang barang tidak akan berterabur apabila ayah memandu laju kat jalan 'kona kona' tu..
awak ni kan,suka buat kita terharu tau..



siapa lagi comel?hee.sama sama comel lah kan..
lupa pula nak kenal kan nama dia,maaf maaf..
sibuk bercerita sampai lupa perkenalkan siapa dia..
nama dia nur adillia.pelik nama dia,tapi okay lah..sweet sweet ganas jee orang nya.
ika suka panggi dia adila,hehe.lepas tu dia mesti mara,dia akan cakap.panggil adi lah ika..
akhir kata,ika berharap permulaan sebagai kawan ini akan kekal selamanya yee kawan?


ikhlas daripada,
budak kecik yang comel.